Asal-usul dan penggunaan istilah Wehrmacht

Istilah Wehrmacht secara generiknya menggambarkan Angkatan Tentera sesebuah negara, justeru itu, Britische Wehrmacht bermaksud "Angkatan Tentera British". Istilah Wehrmacht dalam Artikel 47 Perlembagaan Weimar 1919, membuktikan bahawa: Der Reichspräsident hat den Oberbefehl über die gesamte Wehrmacht des Reiches ("Presiden Reich adalah pemerintah tertinggi seluruh angkatan tentera Reich"). Dari tahun 1919, angkatan pertahanan Jerman dikenali sebagai Reichswehr, yang mana pada 16 Mac 1935 ia telah ditukarkan kepada Wehrmacht. Nama Wehrmacht di Jerman secara umumnya dianggap kata nama angkatan tentera 1935-45 yang betul, telah digantikan oleh perkataan "Streitkräfte" dalam makna asalnya; bagaimanapun, ia berlaku hanya beberapa dekad selepas tahun 1945. Dalam bahasa Inggeris perkataan Wehrmacht sering dirujuk secara khusus untuk tentera darat; bahasa Jerman yang betul untuk ini adalah Heer.